Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat

Monday, January 31, 2011





Haish sekarang Mesir pulak yang huru-hara, takut okay bila dengar sekarang Mesir pun tak selamat dah la banyak kawan dekat sana. Aku taknak cerita la pasal Hosni Mubarak etc etc sebab tu bukan masalah yang patut aku kepochi.





courtesy of Encik Lala's FB



Just nak update post ni supaya kita boleh ramai-ramai mendoakan keadaan pelajar-pelajar Malaysia dekat sana selamat, begitu juga dengan rakyat Mesir sendiri. Takut pun takut jugak, sebab kawan-kawan dan saudara yang belajar dekat sana samaada Medic atau bidang agama, ada yang update tempat-tempat dekat sana ada yang dah kene bakar. Lepastu tadi pagi aku baca jet pejuang dah mula terbang rendah sekitar cairo. Pulak dah, Ya Allah, seram. Tempat huru hara yang sekitar bandar. Universiti diorang pun banyak dekat Alexandria (Alexandria University) dan Cairo (Al-Azhar University). Kira area-area runcing jugak la. Tanta pun ada jugak. Si Syifa. Dengan Kak Ain.


Tapi insyaAllah Allah akan permudahkan jalan mereka yang menuntut ilmu, Amin.






Petikan Beita Harian:

Seramai 11,319 pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Mesir selamat dan tidak terlibat dalam demonstrasi di negara itu sejak Selasa lepas.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata Jabatan Penuntut Malaysia (JPM) Mesir mengambil beberapa langkah dan pendekatan untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pelajar Malaysia terpelihara.

Menurutnya siaran 'advisory' atau nasihat keselamatan supaya mahasiswa menjauhkan diri daripada tempat-tempat kekecohan juga diiklankan melalui laman web rasmi JPM Mesir iaitu www.jpmk.info.

"Pelajar juga diingatkan untuk membuat persediaan keperluan makanan dan lain-lain keperluan yang penting sekiranya keadaan semakin meruncing," menurut kenyataan itu.

Daripada 11,319 pelajar Malaysia di negara itu, 6,135 orang sedang mengikuti pengajian Islam dan selebihnya dalam bidang perubatan.

JPM Mesir juga bekerjasama rapat dengan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah (KBMK) untuk mengaktifkan pasukan teras bagi menangani sebarang kemungkinan risiko keselamatan, dan sebuah bilik operasi krisis dibuka sejak Rabu lepas di kedutaan, menurut kenyataan itu.

Menurutnya dari semasa ke semasa, JPM Mesir akan menyediakan nasihat keselamatan yang bersesuaian dengan situasi dan masa untuk dimaklumkan kepada mahasiswa serta pegawai Hal Ehwal Pelajar negeri-negeri.

Ini bagi mengelak suasana huru-hara di pihak mahasiswa sendiri mahupun rakyat Malaysia di Mesir ataupun ibu bapa dan keluarga mereka di Malaysia," menurut kenyataan itu.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

- Kuala Lumpur, 28 January 2011


Comments (12)

On January 31, 2011 at 9:01 AM , Fawwaz Roselan said...

ade denga citer xbest gak pasal sister kat sana. T_T same2 doakan kesejahteraan mereka.

 
On January 31, 2011 at 10:29 AM , Puteri Iqa Izyan said...

Alhamdulillah.

hope everything will be fine.

eh.ramai betul buat medik kat sana nih.. :D

 
On January 31, 2011 at 10:57 AM , bunga said...

YA ALLAH selamatkan hamba-hamba MU yang berada dalam kesusahan..amin..

gerun la pasal ni..

 
On January 31, 2011 at 12:08 PM , fikah mus said...

beb,berita terbaru, dorang cakap dorang tak selamat.
dahsyatnya dorang dlm ketakutan, sebab banduan terlepas dan membahayakan dorang,
nanti aku bagi link.

 
On January 31, 2011 at 12:45 PM , MuNsYi SaMa said...

Ramai student malaysia yg amek medik sana. and course lain gak. harap2 sume dpt pulang dgn slamat.

 
On February 1, 2011 at 1:14 AM , Fatin Aliyya said...

sgt sary kan bl jdk mcm ni.stunt msia dh mcm pelarian dh.huhu.ya allah, slmtknlah mereka smua.

 
On February 1, 2011 at 10:11 AM , Farhana Sahri said...

meremang bce sal ni

 
On February 1, 2011 at 2:43 PM , Nadhirah-chan said...

semoga dorang selamat lah ye . amin ......

 
On February 2, 2011 at 5:01 AM , iqbalhakimi said...

semoga mereka semua selamat...amin..

 
On February 2, 2011 at 10:11 AM , azalia hjsalleh said...

haraplah berita nie sahih
lega sikit rasanya

 
On February 2, 2011 at 10:57 AM , FaizFizy39 said...

hm. cite ni yg tgh hot sekarg.
x berani nak cakap ape2.
student kat sane jer yg tau perkara sebenar

 
On February 2, 2011 at 2:36 PM , sarah mohamad said...

sama2 kita doakan kesejateraan mereka dekat sana . dan harap2 kerajaan cepat bertindak .