Akhir-akhir ni I selalu tengok debate antara pastor Christian dan pendebat unggul Islam, Ahmad Deedat. Semalam juga baru sahaja menonton Debat antara Sang Muallaf dan Murtadin. Secara tidak langsung dapat menambah Ilmu terhadap Islam dan juga tahu sedikit sebanyak isi-isi yang boleh kita guna jika ada pihak yang ingin 'shoot' soalan-soalan oleh bukan Islam terhadap Islam.


Didalam video debat tersebut, Pendebat muallaf menggunakan akal logik dan ayat Al-Quran manakala murtadin membekalkan mimpi semata-mata.. Ayat injil sekarang yang digunakan sebagai medium membalas oleh pihak Murtadin juga dipatahkan oleh isi-isi bernas Ayat suci Al-Qur'an.


Ternyata Al-Qur'an itu lengkap dan terpelihara sehingga kiamat. Sesungguhnya Injil yang ada sekarang itu tidak dijamin boleh dipercayai.


Bagi yang mungkin tidak tahu, Injil yang dibukukan sebenarnya ditulis oleh tokoh-tokoh kristian seperti St. Paul, Matthew, Mark, Luke, John dan lain-lain yang belum tentu kesahihannya. Seperti yang kita sedia tahu, Injil kini sudah banyak diedit.

Keratan dibawah diambil dari seorang Muallaf yang sebelum ini seorang Christian yang kuat pegangannya.


***********************



Cara Nabi Isa berdakwah dan memimpin umatnya berbeza dengan apa yang ditulis St. Paul.
St. Paul menghalalkan segala cara termasuk yang haram dalam ajaran Isa.


Christian yang sekarang ini mempercayai Isa a.s / Jesus adalah Tuhan dan Penyelamat. Keyakinan Ini berasal dari ucapan St. Paul di Antiokia, kira-kira tahuun 40 M setelah Isa tiada. Pengikutnya lazim disebut orang Christian.


“Mereka tinggal bersama-sama dengan jemaah itu selama setahun lamanya, sambil mengajar banyak orang. Di Antiokhialah murid-murid itu untuk pertama kalinya disebut Christian” (Act 11:26).


Maksudnya, nama Christian bukan diberi oleh Isa, Bererti, perkataan "Christian" tidak wujud didalam Injil. bahkan mereka(Romawi) yang mencipta nama Christian itu sendiri kerana bila nama Christian dicipta, Isa sudah tiada.


Berbeza dengan Islam. Nama Islam itu sendiri disebut didalam Al-Quran.



Dibumi ini kini hanya tinggal pengikut St Paul yang menganggap mereka pengikut Nabi Isa. Ajaran Nabi Isa yang benar awalnya meng Esa-kan Allah, Tiada Tuhan melainkan Allah. Namun umat Christian terpesong dengan menganggap Isa itu anak Tuhan.


Pengedit-pengedit Injil seperti St. Paul, John, Matthew dan lain-lain telah memesongkan ajaran Nabi Isa yang asal dengan mengolah Injil sedemikian rupa hingga banyak banyak sekali hal-hal yg bertentangan dengan FIKIRAN SIHAT. Ayat-ayat Injil dipalsu sedemikian rupa, disisipi kalimat-kalimat yg saling bertentangan, dan ironisnya itu semua diikuti tanpa reserve oleh para pengikutnya.


Dalam hal beribadah contohnyanya.

Orang- orang Christian sekarang ini melakukan dengan berlutut. Padahal Nabi Isa dahulu beribadah dengan bersujud (Matthew 26:39). Yang berlutut dan berdoa adalah cara St Paul (Act 21:5, Act 9:40, Act 20:36 )

Bukankah ini mengelirukan? Yang mana harus ikut? Kenapa ikut St Paul dan bukannya amalan Nabi Isa jika betul mereka pengikut sejati?


Dalam hal kematian,
Mayat orang Christian mengenakan pakaian lengkap dan dimasukan kedalam keranda. Tatacara ini sama sekali tidak ada dalilnya dalam Injil ---bid’ah. 'Nabi Isa' dikafani (Lucas 24;12; John 11:44; John 20:5)


Bukankah Christian percaya yang Isa telah disalib dan wafat? Sedangkan dia dikebumikan hanya dengan kafan, kenapa amalan Christian kini berkeranda?



Ternyata Christian kini bukan pengikut Nabi Isa yang betul. Tampaknya lebih kepada pengikut St. Paul yang hanya menggunakan nama Nabi Isa. Mengaku Isa sebagai Tuhan, walhal Nabi Isa itu utusan Allah, Isa bukan anak Tuhan.


Sebaliknya Umat Islam lebih benar dalam beriman kepada nabi Isa (salah satu dari rukun Iman, percaya kepada 25 rasul dan Nabi Isa salah seorang darinya.) Umat Islam juga mempercayai Nabi Isa, bahawa Nabi Isa itu utusan Allah sebagai salah seorang rasul. Dan Nabi Isa akan diturunkan dari langit untuk membunuh dajjal pada akhir zaman.



Kenaifan dalam injil , Diantaranya :
- Tuhan kalah ketika bergulat melawan Nabi Yacub as. (wrestling with God?)(Genesis 32:22-27)
- Anak-anak Tuhan tertarik kepada kecantikan anak-anak manusia, lalu Tuhan Menyesal dan pilu hatinya melihat kejahatan manusia (Genesis 6:1-8),
-Malaikat makan roti (Genesis 19:3)



Kemudian ,para nabi yang seharusnya dihormati pun dilecehkan dlm injil .
- Nabi Nuh as. Mabuk-mabukan dan telanjang dalm kemahnya (Genesis 9:18-27 )
- Nabi Ismail as , berperangai seperti keledai liar (Genesis 16: 11-12),
- Nabi Luth menghamili kedua putri kandungnya (Genesis 19:30-38),
- Nai Yakub as. Menipu ayahnya sendiri (Genesis 27 : 1-46),
- Yahuda menghamili menantunya sendiri (Genesis 38:1-30),
- Nabi Daud as. Menghamili istri orang yang akhirnya menurunkan Nabi Isa as atau Yesus (II Samuel 11:1- 27; Matthew 1;6),



Untuk itu pada saudaraku sebangsa umat Christiani/ Nasrani / Catholik (dan yang telah murtad) pelajarilah kembali dan renungkanlah Injil yang ada ditanganmu ……dan beranikanlah membaca buku-buku Islam walaupun ada perasaan benci , kesal, jijik, takut, malu, hina, tiada guna, buang masa……..seperti yg pernah aku alami ketika ku masih Christian.


Janganlah kau mendengarkan Islam/versi Islam dari lingkungan kalian sendiri …. Memang mungkin banyak umat muslim juga tidak beraklahk Islami (Al-quran dan Al Hadis) , tapi apakah itu yg menjadi penghalang untuk mengetahui kebenaran Allah dan kehidupan akhirat yang kekal ?….


Renungkanlah sekali lagi ….semoga anda mendapat petunjuk dari Allah Subhanahuwata’ala .

Tiada maksud aku memburuk-burukkan Umat Christian..
apalagi untuk mempermalukan ……sekali lagi Tidak,
Tulisan ini adalah sekadar membagi pengalaman dan pengetahuan yang aku miliki

Sekian.


*****************************************


Courtesy of : Muallafblogssom



Sesungguhnya yang segala kebaikkan itu dari Allah dan kekurangan dari diri sendiri.

Allah hualam.





Comments (6)

On September 30, 2010 at 1:35 AM , Syed said...

alhamdulillah. and Ahmad Deedat is the best :)

 
On September 30, 2010 at 1:59 AM , sri said...

setuju! ahmad deedat is the jewel of debating!

 
On September 30, 2010 at 8:08 AM , KERAK NASI said...

proud of u sri! :)

 
On September 30, 2010 at 5:59 PM , sri said...

hehe.. just suka tengok debat pasal ni.. u shud go n watch too ^^

 
On December 1, 2010 at 11:54 PM , eja an said...

nice2 :)
golongan murtad semakin ramai sekarang. dahla murtad, burukkan nama Islam plak tu. tapi orang Islam tak perlu pun nak buruk2 kan agama lain utk tegakkan agama sendiri. Islam agama yang benar :)

 
On December 20, 2012 at 9:37 AM , Anonymous said...

assalamualaikum.

sayang, christian sekarang guna bible, bukan injil. injil yang diwahyukan pada nabi isa adalah wahyu Allah. begitu jua Kitab Zabur dan Taurat. tapi St Paul telah mengubahnya menjadi Injil.

sebab itu, kelihatan seperti sama dengan AlQuran. padahal ia telah diubah suai.

wassalam, :)
http:www.facebook.com/MVernial .